My Add

Wednesday 9 January 2013

Kes bunuh warga emas: 7 suspek ditahan

GEORGE TOWN, RABU, 09 Januari, 2013: Polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan seorang lelaki warga emas di tempat simpanan barang kuil Hindu di Lebuh Penang, di sini 19 Disember lepas, selepas menahan tujuh suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata, 11 tangkapan dibuat sepanjang siasatan kes itu.

"Empat dibebas manakala tujuh masih ditahan termasuk suspek utama berumur 23 tahun yang bekerja sebagai penjual kad telefon bimbit, orang tengah yang menjual barang curi dan mereka yang terlibat dalam pelaburan emas.

"Kami anggap kes ini sudah selesai dan akan dibawa ke mahkamah sikit masa lagi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mayat P. Muthu, 80, ditemui pada pukul 5 petang dengan kesan kelar di leher, wajah serta mulut disumbat kain selepas seorang suspek memecah masuk kuil berkenaan menerusi pintu belakang.

Mazlan berkata, polis juga telah mendapatkan semula 90 peratus daripada barang kes termasuk wang tunai bernilai RM60,000, peralatan yang diguna untuk upacara keagamaan dan peralatan yang dipercayai untuk melebur barang kemas yang dicuri.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment