My Add

Tuesday 22 January 2013

Krisis tebusan: 37 rakyat asing disahkan terbunuh

ALGIERS, SELASA, 22 Januari, 2013: Perdana Menteri Algeria, Abdelmalek Sellal berkata, 37 rakyat asing dari lapan negara terbunuh dalam krisis tebusan di kilang pemprosesan minyak di In Amenas di negara ini.

Beliau berkata, seorang rakyat Algeria terbunuh dan lima rakyat asing masih belum dapat dikesan selepas kejadian tebusan tersebut.

Jumlah itu diumumkan lewat malam tadi ketika kerajaan mendedahkan angka kematian pertama krisis yang berlangsung selama empat hari tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan kewarganegaraan mangsa-mangsa tebusan yang terbunuh tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment