My Add

Thursday 24 January 2013

Kualiti udara di tahap serius


 *BACAAN pencemaran udara dari atas bangunan kedutaan Amerika Syarikat ketika kerajaan tempatan menunjukkan tahap pencemaran udara yang berbahaya di Beijing, semalam. - AFP

BEIJING, RABU, 23 Januari, 2013: Jerebu tebal yang kembali menyelubungi ibu negara China telah menjejaskan kualiti udaranya hingga ke tahap serius.

Menurut Pusat Pemantau Alam Sekitar Majlis Perbandaran Beijing, indeks kualiti udara di bandar itu mencapai tahap 300 atau berada di tahap empat iaitu tahap pencemaran serius.

Partikel zarah pencemaran dikesan bergerak dari tenggara Beijing pada pukul 3 petang Selasa sebelum menyelubungi keseluruhan bandar raya.

Kualiti udara di Beijing hari ini menunjukkan habuk bawaan udara dengan diameter kecil boleh memasuki paru-paru pada bacaan 200 kepada 300 mikrogram per meter padu.

Pusat ramalan cuaca telah mengeluarkan amaran tahap kuning ekoran kabus dan jerebu tebal yang berada di tahap ketiga tertinggi.

Keadaan cuaca yang berkabus itu juga menyebabkan tahap penglihatan jatuh di bawah 500 meter.

Menurut ramalan cuaca, angin kencang dengan kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam akan melanda bandar raya ini esok dan dijangka akan menghilangkan jerebu.

Bandar raya ini mula mengalami kabus tebal sejak 10 hingga 16 Januari lalu, dan kembali pulih apabila cuaca sejuk membawa angin yang kuat untuk mengurangkan kabus tersebut. - AGENSI

No comments:

Post a Comment