Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Januari, 2013: Penyanyi irama Pop Yeh Yeh yang popular dengan lagu Dara Pujaan, L. Ramli atau nama sebenarnya Ramli Lazim sudah hampir tiga minggu dirawat iaitu sejak dimasukkan hospital pada sambutan Krismas, 25 Disember lalu.Ramli, 64, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang disebabkan komplikasi pembengkakan di jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Beliau dimasukkan ke HTAR selepas mengadu sesak nafas setelah selesai menunaikan solat Subuh.
Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil, namun tekanan darah saya masih tinggi dan kaki saya juga masih sakit dan tidak boleh berjalan serta memerlukan rawatan fisioterapi," katanya Ramli kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment