My Add

Monday 28 January 2013

Laporan awal DNA sahkan mayat William

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Laporan awal ujian "deoxyribonucleic acid" (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang pada 24 Jan lalu adalah William Yau Zhen Zhong.

Ini dinyatakan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Bin Ramli pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya hari ini.

"Laporan (itu mengesahkan) mayat itu adalah William," katanya.

William, 6, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Pada 24 Jan, mayat seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang oleh seorang nelayan pada 6.30 petang, sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Proses bedah siasat yang dilakukan pada 25 Jan bagaimanapun gagal mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu kerana keadaan mayat dan organ dalaman yang reput. Kanak-kanak itu disahkan telah mati kira-kira seminggu ditemui. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment