My Add

Saturday 12 January 2013

Mahkamah India kritik kelemahan kerajaan lindungi wanita

NEW DELHI, SABTU, 12 Januari, 2013: Mahkamah Agung India semalam mengkritik kelemahan pihak kerajaan dalam memastikan tahap keselamatan wanita di bandar ini dipertingkatkan.

Stesen penyiaran NDTV yang memetik kenyataan Hakim KS Radhakrishnan dan Dipak Misra melaporkan, wanita di Delhi masih berada dalam keadaan tidak selamat dan terdedah kepada bahaya kes jenayah terutamanya kes rogol.

Satu pungutan suara orang ramai turut mendesak agar kerajaan menarik semula lesen operasi syarikat bas swasta yang melanggar undang-undang dan mengutuk tindakan melakukan ujian ke atas mangsa rogol yang disifatkan sebagai menjatuhkan maruah wanita.

Mahkamah tersebut mengarahkan kerajaan agar memenuhi tuntutan pungutan suara berkenaan susulan kes seorang pelajar perubatan yang dirogol secara berkumpulan oleh enam lelaki dalam sebuah bas pada 23 Disember lalu. - DPA

No comments:

Post a Comment