My Add

Monday 14 January 2013

Mahkamah Rayuan benar MB Terengganu saman ADUN

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, ISNIN,  14 Januari, 2013: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk menyaman malu seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tiga yang lain berkaitan artikel berhubung pembelian uniform sekolah oleh kerajaan negeri.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Mohd. Yusof memutuskan demikian hari ini selepas membenarkan rayuan menteri besar tersebut.

Mahkamah berpuas hati bahawa keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman Menteri Besar Terengganu pada peringkat itu tanpa diberi hak menjalani perbicaraan adalah pramatang.

Kuorum berkenaan bagaimanapun menolak rayuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk meneruskan saman malu tersebut selepas berpuas hati bahawa ia tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk berbuat demikian.

Perayu-perayu diwakili oleh peguam Abu Bakar Jais manakala responden-responden oleh Azhana Mohd. Khairudin. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment