My Add

Wednesday 23 January 2013

Mahkamah tolak permohonan Selangor mahu batal saman ibu tunggal

SHAH ALAM, RABU, 23 Januari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman 2,020 ibu tunggal berhubung tunggakan elaun untuk golongan itu seperti yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Hakim Datuk Yaacob Mohamad Sam memutuskan demikian setelah mendengar hujahan peguam, Vishal Kumar yang mewakili kedua-kedua mereka selaku pihak defenden dan Azyan Alia Yusof bagi pihak pemohon.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan pihak defendan memfailkan penyataan pembelaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment