My Add

Monday 21 January 2013

Mesti akur titah raja-raja Melayu

Oleh HUSSAINI AMRAN

*MAHAMAD Naser Disa menjawab soalan dalam Forum Islam dan Cabaran Semasa: Polemik Isu Kalimah Allah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Selangor semalam. Turut sama, Dr. Abdul Aziz Hanafi (dua, kiri), Aminuddin Yahya (dua, kanan) dan Dr. Khalif Muammar A. Harris.

KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Januari, 2013: Ahli-ahli politik Melayu yang ingin bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 hendaklah akur dengan titah raja-raja Melayu yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa berkata, mana-mana ahli politik yang gagal berbuat demikian hendaklah ditolak pencalonannya.

Menurut beliau, ahli-ahli politik di negara ini juga seharusnya memahami dan mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment