My Add

Saturday 26 January 2013

MRSM Tawau kini dikenali MRSM Tun Mustapha

TAWAU, SA BT, 26 Januari, 2013: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tawau yang beroperasi sejak 2008 kini dikenali MRSM Tun Mustapha, sempena nama tokoh negarawan dari Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Pengumuman mengenai pertukaran nama MRSM berkenaan dilakukan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Kita mengenang jasa seorang pemimpin kita. Kebiasaannya MRSM ini ada di merata tempat dan di Lipis (Pahang) kita namakan MRSM Tun Ghazali Shafie, di Melaka kita namakan MRSM Tun Ghafar Baba dan di sini kita tahu Tun Mustapha mempunyai sumbangan kepada negara kita dan di Sabah khususnya," katanya.

Shafie ditemui pemberita selepas majlis itu di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Pang Yuk Ming, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Ibrahim Ahmad.

Menurut Shafie, tokoh negarawan itu banyak berjaya kepada negara, khususnya Sabah, termasuk dalam bidang pendidikan dengan menghantar ramai anak Sabah melanjutkan pelajaran di MRSM dan sekolah di Semenanjung serta Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) melalui pembiayaan Yayasan Sabah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment