My Add

Monday 28 January 2013

Muhyiddin umum peruntukan tambahan RM13.5 juta bangun Pasar Satok

PETRA JAYA, ISNIN, 28 Januari, 2013:: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan tambahan RM13.5 juta untuk memperingkatkan kemudahan di Medan Niaga Satok, di sini.

Ia termasuk bagi meningkatkan kemudahan jalan dan tempat letak kereta berikutan kesesakan di pasar terbesar di Malaysia itu sejak ia dibuka awal tahun ini.

Pasar yang menyediakan 2,241 petak niaga itu dibina dengan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM46.6 juta.

"Saya dimaklumkan lebih banyak peruntukan diperlukan bagi meningkatkan kemudahan berikutan kesesakan di Medan Niaga Satok.

"Jadi saya umumkan peruntukan tambahan RM13.5 juta lagi," katanya ketika berucap merasmikan Medan Niaga Satok di sini, hari ini.

Pasar berkenaan adalah hasil cetusan idea Muhyiddin sendiri ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2007. - BH

No comments:

Post a Comment