My Add

Friday 25 January 2013

Najib ditemu bual Al-Jazeera sempena WEF

*NAJIBbersalaman dengan rakan sejawatan dari Belanda, Mark Rutte ketika mereka mengadakan pertemuan dua hala sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland hari ini. - BERNAMA

DAVOS, KHAMIS,, 25 Januari, 2013:- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak shake hands with Prime Minister of the Netherlands Mark Rutte during bilateral meeting for World Economic Forum (WEF) Annual Meeting 2013 that held for five days starting from January 23.? --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA">

DAVOS 25 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memulakan hari kedua lawatan kerja ke Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 dengan sesi siaran television dari Al-Jazeera.

Sesi interaktif itu akan membincangkan kelembapan ekonomi dan kesannya. Mesyuarat WEF Annual merupakan forum ekonomi yang dinanti-nantikan, menghimpunkan peminpin berpengaruh dari politik, perniagaan dan masyarakat sivil untuk membincangkan pelbagai isu global.

Acara tahun ini yang bertemakan Resilient Dynamism, merupakan platform untuk menampilkan pertumbuhan cergas ekonomi Malaysia dan peluang pelaburan yang lumayan berlatar belakangkan ketidaktentuan ekonomi dunia pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Najib juga akan mengunjungi Presiden Swiss Confederation, Ueli Maurer, sebelum menjadi hos kepada mesyuarat makan tengah hari yang akan memberi tumpuan kepada sumber asli Malaysia sebagai peringkat untuk transformasi dan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.

Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi temu bual bersemuka bersama Fareed Zakaria dari Al-Jazeera lewat hari ini berhubung inisiatif dan pencapaian transformasi ekonomi dan politik Malaysia.

Pada sesi pleno lain yang bertemakan “Ketahanan dalam Kepelbagaian", Najib, bersama-sama rakan-rakan sejawatan dan pemimpin lain dari negara-negara anggota Asean, akan menghuraikan mengenai bagaimana Asean merancang pertumbuhan seterusnya.

Najib akan menjadi tuan rumah kepada Malam Malaysia untuk menampilkan pencapaian Malaysia dan untuk meningkatkan kehadiran Malaysia di WEF.

Malam Malaysia itu dijangka menjadi acara yang hebat dengan tiga segmen pendekatan acara teater yang menggambarkan Malaysia pada masa lalu, masa kini dan kemungkinan masa depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment