My Add

Thursday 3 January 2013

NGO selar kenyataan Hadi

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan menyelar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperlekehkan taraf pendidikan bekas penyokong tegar parti itu, Zainon Ismail.

Katanya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang seharusnya berterima kasih dan tidak merendah-rendahkan pekerjaan Zainon sebagai bekas guru sekolah rendah.

Tegasnya, kejayaan Abdul Hadi sebagai pemimpin juga bertitik-tolak daripada pengorbanan dan usaha guru-guru sekolah rendah yang mengajar beliau asas pendidikan membaca dan mengira.

"Abdul Hadi tidak boleh berbuat demikian (memperlekeh), orang yang menghina guru adalah orang yang lupa pada asal-usul serta tidak bertanggungjawab.

"Walaupun Zainon hanya bekas guru sekolah rendah, namun tempoh pengajaran dan pengalamannya am at berguna serta tidak boleh dibeli di mana-mana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment