My Add

Tuesday 29 January 2013

Nik Abdul Aziz tidak kisah Nasharudin tinggalkan Pas, sertai parti lain

KOTA BHARU, SELASA, 29 Januari, 2014: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak kisah sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang digugurkan keahlian daripada Majlis Syura Ulama meninggalkan Pas dan menyertai mana-mana parti politik.

Beliau turut menyifatkan isu Nasharuddin seperti `seorang lelaki menceraikan isterinya yang mana sesiapa sahaja selepas itu bebas mengambil wanita terbabit menjadi isteri'.

Malah Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya tidak berhadapan sebarang cabaran baharu sekiranya Nasharuddin mengambil tindakan menyertai mana-mana parti politik terutama UMNO.

"Itu dia (Nasharuddin) punya pasal (sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik). Saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai, padahal kita semasa menyambut isteri, sembelih lembulah, gong gendanglah, selawat kepada Nabi (Muhammad SAW) tetapi bercerai boleh.

“Macam satu orang menceraikan isterinya, selepas itu mana-mana lelaki nak buat bini ambil, mintalah. Jadi cabaran apa, tak ada apa.

"Tetapi kalau nak pejuang Islam di Malaysia, tiada parti selain Pas, UMNO tolak Islam ambil kebangsaan, tidak guna langsung di akhirat kelak," katanya kepada pemberita selepas perasmian Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min House Camp Kubang Kerian, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment