My Add

Friday 25 January 2013

Noh bidas kerajaan Selangor bekukan CAPEX, sanggup ketepi masalah rakyat

TANJONG KARANG, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) disifatkan sebagai mengetepikan masalah rakyat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata kerajaan negeri itu sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi rakyat bukannya mengambil tindakan yang jelas berkaitan politik semata-mata.

"Rakyat perlu menilai sendiri sikap kerajaan pakatan pembangkang ini yang ambil tindakan tidak munasabah bekukan Capex dan salahkan Syabas," katanya pada sidang media selepas menyertai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Tanjong Karang di sini, hari ini.

Noh berkata, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM606 juta untuk program mitigasi air serta kerja baik pulih paip dan membina loji air tambahan.

Malah, katanya, kerajaan persekutuan turut memberi pinjaman kepada kerajaan Selangor untuk program mitigasi air bagi menyelesaikan isu air di negeri itu.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, bagaimanapun, kerajaan Selangor terus berdolak dalih dalam isu itu dan cuba menyalahkan kerajaan persekutuan.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Permatang, Sulaiman Razak berkata, isu CAPEX dibangkitkan sejak 2009 apabila kerajaan Selangor mahu SYABAS memastikan supaya air tidak berhasil (NRW) dikurangkan dari 34 ke 15 peratus membabitkan pembaikan 2,000 kilometer paip sehingga 2014.

"Bila bekukan CAPEX bagaimana kerja ganti paip mahu dilakukan, bila kerja paip tidak dapat diteruskan akan menyebabkan usaha untuk mengurangkan NRW gagal dicapai, kalau betul kerajaan Selangor mahu selesaikan isu air mengapa bekukan Capex," katanya.

Pada sidang media selepas mesyuarat exco semalam, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor akan mempertahankan pendirian mereka untuk mengambil alih perkhidmatan industri air daripada syarikat konsesi air di Selangor.

Berikutan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) yang didakwa mereka untuk menjaga kebajikan rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment