My Add

Saturday 12 January 2013

Pas cuba jernihkan kembali keadaan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Pas yang kian tertekan dalam isu kalimah Allah termasuk penentangan golongan ulama berpengaruh dalam parti itu seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dilihat cuba menjernihkan kembali keadaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah tidak bermaksud parti itu menyokong perkataan God dalam Bible diterjemah kepada Allah.

"Kenyataan Presiden jelas tetapi media tidak lihat secara keseluruhan. Pendirian orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah cuma terhad kepada amalan biasa. Kalau mereka nak sebut Allah, Islam tak halang tetapi di dalam Bible perkataan God hanya boleh diterjemah kepada Tuhan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment