Oleh Syuhada Choo Abdullah, Nik Sukry Ramli dan Haspaizi Mohd Zain
KUALA LMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Pas didakwa lebih mengutamakan hubungan dengan pakatan pembangkang demi cita-cita politik daripada sensitiviti umat Islam dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, berkata isu kalimah Allah yang dibangkitkan semula Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, apabila menggesa penggunaannya dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu, kini melarat dengan keputusan Pas membenarkannya diguna penganut agama lain.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sama ada Pas sedia bertanggungjawab jika keputusan parti itu mengakibatkan pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya suatu dakyah yang mengancam akidah umat Islam.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) memiliki ilmu agama yang tinggi, tetapi kita mahu melindungi (akidah) masyarakat awam Islam.
Maka orang Pas yang menentang kalimah Allah diguna orang bukan Islam, mesti bersuara mempertahankannya sebab kepentingan politik tidak boleh mengatasi agama, katanya kepada BH, hari ini..
Yang Dipertua Pertubuhan Umat Cemerlang Kelantan (Khairu Ummah) yang juga Mudir Madrasah Khairu Ummah, Pasir Puteh, Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim, menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan orang bukan Islam dalam sebarang konteks berkaitan keagamaan mereka.
Beliau yang pernah menegaskan perkara sama dalam penulisannya yang berserta dalil keterangan ulama Islam yang muktabar dan sumber agama lain melalui laman web: khairuummah77.wordpress.com pada 2010, tetap berpegang kepada pendirian itu bahawa kalimah Allah adalah dalam bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran, khusus untuk mereka yang mempercayai dan berpegang kepada al-Quran, malah kalimah itu tidak terdapat dalam kitab lain.
Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Abdul Samat Musa berkata, kalimah Allah mempunyai maksud khusus dalam al-Quran yang tidak boleh disamakan dengan tuhan kepercayaan agama lain.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, menyifatkan keputusan Pas itu jelas membuktikan parti berkenaan sanggup menggadai nama suci Allah dan kemuliaan Islam demi kepentingan politik kepartian mereka.
Di Kuantan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Pas mengguna agama demi mendapatkan kuasa dan percaya isu itu boleh membuka mata umat Islam terhadap perjuangan mereka selama ini. - BH

No comments:
Post a Comment