My Add

Tuesday 8 January 2013

Pas mahu Zainon buat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Januari, 2013: Dua Naib Presiden Pas mahu Zainon Ismail atau CN Al-Afghani membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali.

Salahudin Ayub berkata, beliau mengalu-alukan Zainon supaya berbuat demikian.

Katanya, selepas laporan dibuat, polis perlu melakukan siasatan bagi menentukan sama ada berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali atau sebaliknya.

"Sila buat laporan polis jika Zainon merasakan wujud penyelewengan di dalam Tabung Memali," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas, di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Zainon supaya pucuk pimpinan parti itu menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Zainon yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali membuat desakan tersebut selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment