My Add

Saturday 12 January 2013

Pemberontak Syria tawan pangkalan udara utama tentera

DAMSYIK, SABTU, 12 Januari, 2013: Kumpulan pemberontak berjaya menawan pangkalan udara Taftanaz di utara Syria, hari ini, di mana ia adalah perkembangan memberangsangkan ketika perbincangan antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pegawai dari Amerika Syarikat dan Russia menemui jalan buntu.

"Pertempuran di lapangan terbang milik tentera Syria di Taftanaz berakhir pada jam 11 malam (waktu tempatan) dan pangkalan itu kini jatuh ke tangan pemberontak," kata Pengarah Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman.

Bagaimanapun, sejurus kemudian, pangkalan itu diserang pesawat tempur Syria di mana bom dilepaskan sebagai usaha memusnahkan pangkalan berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment