My Add

Wednesday 23 January 2013

Pemilihan MIC peringkat cawangan, bahagian dan pusat ditangguhkan  

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Jawatankuasa Kerja Pusat MIC memutuskan kesemua pemilihan parti peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugesan dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan dibuat pada mesyuarat yang bersidang 17 Januari lalu itu turut mengambil ketetapan borang 'B' juga akan diedarkan kepada semua cawangan selepas PRU-13.

Beliau menyeru kepimpinan MIC seluruh negara memberikan tumpuan terhadap persediaan PRU-13 dengan menubuhkan Bilik Gerakan, menggerakkan aktiviti pilihan raya serta berjumpa terus dan mendampingi pengundi di tempat masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment