My Add

Monday 21 January 2013

Pemuda UMNO Johor usaha tarik sokongan pengundi muda

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

BATU PAHAT, ISNIN, 21 Januari, 2013: Pergerakan Pemuda UMNO negeri menggandakan usaha bagi menawan hati pengundi muda yang terdiri daripada 45 peratus daripada 1.57 juta pengundi di negeri ini.

Ketuanya, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, usaha menambat hati golongan berkenaan telah digerakan Pemuda UMNO negeri di 26 bahagian UMNO di negeri ini, apatah lagi 'semboyan' Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) bakal dibunyikan tidak lama lagi.

"Kita (Pemuda UMNO) belum berasa selesa dengan apa yang telah dilakukan, sebaliknya terus menggandakan usaha memikat pengundi muda dengan membawa unsur positif supaya mereka tidak terhasut dengan politik kebencian yang dibawa pembangkang.

"Pelbagai lagi program keagamaan dan aktiviti gotong-royong melibatkan pelbagai kaum akan terus dilakukan sehingga pilihan raya dan selepasnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sulong di sini hari ini. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment