My Add

Thursday 24 January 2013

Pendekatan wasatiyyah dihayati perpaduan dapat dicapai


*TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diiringi Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersalaman dengan orang ramai pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1434H di Masjid Putra, Putrajaya hari ini. - UTUASN/ABDUL NAZIR MOHAMED

*YANG di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, berkenan bergambar kenangan dengan sembilan penerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaaan 1434H di Masjid Putra, Putrajaya hari ini . - BERNAMA

*SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang memenuhi Dewna Utama Masjid Putra, Putrajaya hari ini untuk menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaaan 1434H. Sambutan itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - BERNAMA

*DEWAN Utama Masjid Putra, Putrajaya hari ini penuh dengan kehadiran orang ramai sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaaan 1434H. - BERNAMA

PUTRAJAYA, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah, sekiranya pendekatan wasatiyyah dapat dihayati, maka perpaduan boleh dicapai serta kecemerlangan akan menjadi kenyataan.

Seri Paduka juga percaya rakyat di negara ini amat memahami dan menyedari kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan negara.

"Perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan adalah amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan mendaulatkan negara," titah Seri Paduka pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1434H di sini hari ini, lapor BERNAMA

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Sambutan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' itu juga turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk, Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

TYT, Ketua Menteri ketuai perarakan Maulidur Rasul di Melaka

DI MELAKA,Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri dari Stadium Hang Tuah dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Azim di sini hari ini.

Perarakan itu disertai lebih 12,000 peserta membabitkan sebanyak 185 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berarak sejauh 3.5 kilometer.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment