My Add

Tuesday 29 January 2013

Pengangkutan awam maju tidak jejas penjualan kereta

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Syarikat penganalisis ekonomi, Frost & Sullivan Asia Pasifik berpendapat kemajuan sistem pengangkutan awam di negara ini tidak akan menjejaskan penjualan kenderaan persendirian.

Ketua Praktis Automotif dan Pengangkutan Frost & Sullivan Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, hal ini kerana rakyat di negara ini tetap akan menggunakan kenderaan persendirian untuk tujuan liburan dan urusan-urusan lain.

Malah, katanya, kenderaan persendirian tetap akan digunakan untuk ke tempat kerja iaitu meletakkan kenderaan berhampiran dengan stesen pengangkutan awam.

"Jika di bandar-bandar besar, kenderaan persendirian akan tetap digunakan untuk memandu ke tempat kerja tetapi dalam tempoh singkat iaitu dari kediaman sehingga ke stesen pengangkutan awam yang terdekat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment