My Add

Wednesday 16 January 2013

Penjenayah maut selepas nekad terjun bangunan

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januari, 2013: Seorang penjenayah maut selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada dicekup polis apabila bertindak nekad terjun dari biliknya di sebuah hotel di Kepong, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang berumur 45 tahun itu bertindak melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga hotel berkenaan semasa polis menyerbu tempat persembunyiannya pada 12.10 tengah hari.

Lelaki itu mati dalam perjalanan ke hospital, katanya.

Sebelum itu, polis menerima maklumat berhubung seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar kawasan perumahan, menginap di hotel berkenaan.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau, dan kita masih siasat sekiranya suspek mempunyai hubungan dengan anggota kumpulan lain,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment