My Add

Tuesday 22 January 2013

Perbicaraan kes rogol berkumpulan di India bermula Khamis ini

NEW DELHI, SELASA, 22 Januari, 2013:: Perbicaraan lima lelaki yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar di atas bas di New Delhi akan bermula Khamis ini dan tidak sepatutnya berlaku kelewatan yang sering dikaitkan dengan sistem kehakiman negara itu, kata peguambela selepas taklimat perbicaraan.

Hakim Yogesh Khanna menafikan usul pihak pembelaan yang mahukan perbicaraan ini didengar secara terbuka dan memerintahkan bilik mahkamah ditutup kerana wujudnya perkara sensitif berkaitan kes.

Perbuatan ganas kumpulan berkenaan mencetuskan tunjuk perasaan selama berminggu-minggu dan India mendapat perhatian masyarakat dunia yang jarang membincangkan keganasan terhadap wanita. - AP

No comments:

Post a Comment