My Add

Tuesday 15 January 2013

Perhimpunan testimoni keberkesanan Akta Perhimpunan Aman: Najib

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013, ISNIN, 14 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan perhimpunan yang berlangsung secara aman anjuran pakatan pembangkang Sabtu lalu menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Malah beliau berkata, ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.

"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana sudah menghormati semangat Akta itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini hari ini.

Kira-kira 45,000 orang terdiri daripada anggota dan penyokong parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) menghadiri perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment