My Add

Wednesday 16 January 2013

Perkasa cabar Pas minta Guan Eng tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januari, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Pas supaya mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menarik semula kenyataannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga wajar memohon maaf kerana beliau adalah punca tercetusnya polemik tuntutan penggunaan kalimah yang menjadi hak eksklusif umat Islam.

"Pas telah membuat pusingan U dalam isu ini. Mulanya menyokong penggunaan kalimah itu dalam Bible versi bahasa Melayu, tapi kelmarin Majlis Syura telah membuat ketetapan bahawa kalimah itu adalah merujuk kepada Tuhan umat Islam dan tidak boleh digunakan bukan penganut agama berkenaan.

"Bagaimanapun, kami mahu tahu, apakah pendirian DAP pula tentang isu ini? Adakah mereka bersetuju dengan Pas? Kami juga menuntut Guan Eng meminta maaf dan menarik balik kenyataannya itu kerana telah mengguris hati umat Islam," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment