My Add

Tuesday, 29 January 2013

Permohonan baru tubuh IPTS dibeku mulai 1 Februari: Khaled


PUTRAJAYA, SELASA, 29 Januari, 2013: Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan moratorium atau pembekuan pemohonan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) baru berstatus universiti, kolej universiti dan kolej selama dua tahun mulai 1 Februari ini.

Bagaimanapun, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembekuan itu dikecualikan kepada permohonan IPTS yang sedang diproses, permohonan menaik taraf dan kampus luar negara yang mempunyai rangking terbaik dunia dan dibina dalam hab pendidikan.

"Selaras dengan perkembangan sektor pendidikan yang dinamik khususnya pengajian tinggi swasta hari ini, kementerian perlu lebih terbuka dalam menyemak semula semua peraturan dan garis panduan semasa supaya bersifat lebih bersifat menyeluruh.

"Perkara ini adalah bagi memyokong kepada pelaksanaan dasar liberalisasi pengajian tinggi yang bakal menjadi sektor pengajian tinggi di Malaysia lebih berdaya saing dan setanding dengan negara maju," katanya ketika berucap sempena Majlis Amanat Tahun Baru 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, Khaled berkata inisiatif semakan semula terhadap peraturan- peraturan dan garis panduan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 akan dilaksanakan dengan pembentukan satu jawatankuasa dipengerusikan oleh Naib Canselor Taylor University. - BH

No comments:

Post a Comment