My Add

Tuesday 8 January 2013

Peserta RISDA perlu bekerja lebih keras - Wan Mohamad Zuki

*WAN Mohamad Zuki Mohamad menunjukkan pokok getah yang ditanam semula di Station Baru, Papar dalam lawatan kerja ke Sabah, kelmarin.
KOTA KINABALU, ISNIN, 07 Januari, 2013: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menasihatkan para pesertanya di seluruh negara termasuk Sabah bekerja lebih keras berbanding tanggungjawab yang diberikan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, peserta terlibat seharusnya memikirkan sumbangan yang diberikan kepada agensi berkenaan dan bukan sebaliknya.

"Kita mempunyai kekuatan yang pelbagai daripada segala aspek dan seharusnya bekerja dalam satu pasukan untuk mensejahterakan masyarakat.

"Kita lebarkan kesejahteraan ini dengan mengajar teknik-teknik bertani seperti membaja serta kemahiran lain kepada peserta RISDA agar mereka boleh hidup dengan lebih sejahtera," katanya dalam lawatan kerja ke RISDA Sabah di sini kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment