My Add

Tuesday 29 January 2013

Pesta dadah di kediaman artis didalangi sindiket?

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA, ISNIN, 28 Januari, 2013: Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia tidak menolak kemungkinan penganjuran pesta dadah di kediaman artis popular Raffi Ahmad malam minggu lalu didalangi sindiket.

BNN sehingga hari ini masih belum mendedahkan identiti lima daripada 17 orang yang ditahan di rumah pengacara program hiburan terkenal itu.

Selain Raffi, tiga artis lain yang kini sedang disiasat BNN ialah pelakon dan penyanyi terkenal, Irwansyah dan isterinya, Zacskia Sungkar serta Wanda Hamidah.

"Siasatan bagi mengetahui apakah ia ada kaitan dengan sindiket dadah," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam BNN, Sumirat Dwiyanto kepada wartawan.

Tegas beliau, siasatan akan menjurus kepada seorang individu yang menjadi tali barut kepada pembekal dadah itu.

Kelmarin, BNN menyerbu rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dan menahan 17 orang yang dilaporkan sedang berpesta dadah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment