My Add

Sunday 27 January 2013

PM harap teruskan kesinambungan 'nambikei'

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Kesinambungan amalan 'nambikei' iaitu kepercayaan di antara kerajaan dan rakyat membolehkan pentadbiran negara dapat meneruskan perancangan untuk masyarakat India tempatan, sekali gus memastikan pembangunan negara kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam mesej sempena perayaan Thaipusam yang dirai penganut Hindu tempatan esok, beliau berkata, kerajaan sentiasa bergerak seiring dengan masyarakat tersebut dan rakyat secara keseluruhannya bagi mengatasi cabaran, demi kejayaan yang diharapkan.

"Masyarakat Hindu Malaysia meraikan Thaipusam dengan berdoa dan bernazar di kuil-kuil di seluruh negara.

"Di kala anda berdoa untuk kehidupan lebih baik, anda perlu mengetahui kerajaan sentiasa komited meneruskan usaha membangunkan masyarakat India," katanya seperti dipetik di blog http://1malaysia.com.my hari ini.

Perayaan Thaipusam disambut bagi menghormati bulan kelahiran dewa Hindu iaitu Dewa Murugan yang kebiasaannya pada Januari atau Februari setiap tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment