My Add

Tuesday 29 January 2013

Polis minta jangan buat spekulasi kematian William

JOHOR BAHRU, SELASA, 29 Januari, 2013: Polis meminta masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kanak-kanak enam tahun William Yau Zhen Zhong, yang telahpun diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

"Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana semua orang tahu ibu bapa mangsa kini masih bersedih atas kehilangan anak mereka," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Bagaimanapun, Ismail berkata polis sedia menerima maklumat tambahan berhubung kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

"Kes ini dianggap sebagai satu kejadian malang menimpa kanak-kanak terbabit dan perlu dijadikan ingatan kepada orang ramai dan kami sudah berusaha 100 peratus untuk mengesannya selain mendapatkan kerjasama daripada orang ramai," katanya.

Anak kedua pasangan Yau Kok Kang, 32, dan Goh Ying Ying, 28, itu dilapor hilang pada 16 Januari lalu di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Sementara itu, Ismail berkata, bangunan IPD Kulaijaya yang dibina dengan kos RM119 juta itu merupakan bangunan pejabat tiga tingkat dengan 318 unit kediaman dan mula beroperasi sejak Mei 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment