My Add

Monday 28 January 2013

Produk tenusu NZ ditahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Januari, 2013: Kementerian Kesihatan mengenakan tindakan pemeriksaan tahap empat (survelan) bagi semua produk tenusu yang diimport dari New Zealand sebagai langkah berjaga-jaga terhadap bahan tercemar, dicyandiamide (DCD) di dalam produk berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, biarpun tiada larangan dikenakan, pemantauan turut dilaksanakan terhadap produk tenusu yang sedang dijual di pasaran tempatan bagi memastikan selamat digunakan.

“Sejak 25 Januari lalu, saya arahkan pemeriksaan tahap tinggi di semua pintu masuk negara manakala produk tenusu dari New Zealand diambil untuk pensampelan.

“Bahan dicyandiamide bukan penyebab kanser tetapi kita tidak mahu ada bahan-bahan tercemar di dalam produk tenusu masuk ke negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau program kesedaran kesihatan sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment