My Add

Wednesday 16 January 2013

PRU-13 jadi pentas penuntut universiti?

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januai, 2013: Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan melihat sejauh mana penyertaan para penuntut universiti dalam parti politik selepas pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dibuat.

Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood meramalkan akan wujud tiga situasi berbeza dalam kalangan penuntut universiti semasa kempen PRU-13.

Fenomena tersebut adalah pembabitan kempen politik oleh penuntut yang menjadi ahli parti di kampus atau penyertaan penuntut dalam berkempen di seluruh negara untuk memastikan parti yang diwakili menang dan juga kumpulan penuntut yang tidak mempedulikan tetapi hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Malah tidak menolak kemungkinan ada penuntut yang akan menjadi calon di bawah organisasi pelajar," katanya yang juga Pengerusi Pindaan AUKU 2012 Kementerian Pengajian Tinggi ketika pembentangan kertas kerja bertajuk Aktivisme Penuntut dan AUKU 1971 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment