My Add

Monday 21 January 2013

Pulau Rebak bakal jadi 'Phuket' Malaysia

KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Januari, 2013: Pulau Rebak bakal menjadi salah sebuah pulau peranginan bertaraf dunia sama seperti Phuket dan Koh Samui di Thailand.

Pulau berkeluasan 350 ekar yang terletak di Langkawi itu dimiliki sepenuhnya oleh DRB-Hicom Bhd. dengan sebuah marina telah dibina dengan pelaburan mencecah RM200 juta.

Ketua Pegawai Operasi DRB-Hicom (Perkhidmatan dan Hartanah), Datuk Mohamed Razeek Md. Hussain berkata, Pulau Rebak berpotensi besar dan masih banyak pembangunan mampu dilaksanakan.

Menurut beliau, DRB-Hicom tidak mempunyai masalah untuk membangunkan Pulau Rebak kerana pulau berkenaan memiliki keindahan semula jadi yang jarang terdapat di tempat lain.

"Jika Thailand memiliki Phuket dan Koh Samui sebagai tarikan utama, kita mempunyai Pulau Rebak yang menawarkan pemandangan indah Laut Andaman - UTUSAN

No comments:

Post a Comment