My Add

Saturday 12 January 2013

Raja Abdullah benarkan 30 wanita anggotai Majlis Syura

RIYADH, SABTU, 12 Januari, 2013: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah buat pertama kali mengeluarkan dikri untuk membenarkan pelantikan seramai 30 wanita sebagai anggota Parlimen dalam Majlis Syura negara ini, semalam.

Agensi berita SPA melaporkan, keputusan Abdullah itu menjadikan jumlah wanita yang terlibat dalam Majlis Syura menjadi satu per lima daripada jumlah keseluruhan 150 anggota Parlimen.

Jelas agensi itu, kesemua anggota Parlimen wanita yang dipilih akan ditempatkan secara berasingan dalam dewan Majlis Syura dan mempunyai pintu masuk yang dikhaskan untuk anggota wanita sahaja. - DPA

No comments:

Post a Comment