My Add

Wednesday, 2 January 2013

Rakyat perlu yakin terhadap BN demi jaminan masa depan

 *SEBAHAGIAN orang ramai mengambil makanan yang disediakan pihak
penganjur semasa majlis Rumah Terbuka Tahun Baru 2013 di PWTC,
 Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Rakyat perlu meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN) sebagai pilihan terbaik bagi menjamin kehidupan dan masa depan lebih cemerlang untuk mereka.

Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas berkata, teraju pemerintahan negara ini tidak sepatutnya diserahkan kepada pakatan pembangkang yang tidak berpengalaman dan masih terkial-kial untuk hidup.

Beliau juga menyifatkan pakatan pembangkang bukan berjuang untuk menentang korupsi tetapi berjuang untuk menjadi korup.

''Kita tidak akan sama sekali menyerahkan negara ini kepada pihak yang mahu mensia-siakannya.

''BN sememangnya pilihan terbaik dan PPP sentiasa berusaha memastikan BN menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu dan Krismas anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama PPP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment