My Add

Tuesday 29 January 2013

KPN minta jangan spekulasi kematian William

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KULAIJAYA, SELASA, 29 Januari, 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada Khamis lalu.

Beliau berkata, polis telah menjalankan siasatan mengikut segala prosedur serta pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut (SDR).

“Kita anggap kes ini sebagai SDR dan tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana semua orang tahu ibu bapa William masih bersedih atas kehilangan anak mereka.

“Jangan buat sebarang spekulasi mengenai kematian kanak-kanak ini kerana polis masih menyiasat," katanya selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment