My Add

Thursday 3 January 2013

RU-13: Peringatan MTUC kepada pekerja

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2012: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyeru 12 juta pekerja di negara ini supaya memberi keutamaan kepada keharmonian industri, kestabilan ekonomi dan politik serta kebajikan mereka apabila mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Khalid Atan, berkata sebagai kelompok masyarakat yang mempunyai jumlah anggota yang begitu ramai, pekerja perlu menunaikan hak mengundi masing-masing dengan penuh berhemat kerana keputusan pilihan raya mempunyai kesan yang amat besar terhadap masa depan mereka.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata, golongan pekerja patut diberi pujian kerana sumbangan besar mereka dalam mewujudkan suasana industri yang amat stabil, yang sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment