My Add

Friday 11 January 2013

Silinder gas meletup di Pakistan ragut 22 nyawa, 80 parah

PESHAWAR, JUMAAT, 11 Januari, 2013 (Pakistan): Satu silinder gas meletup pada perhimpunan agama di barat laut Pakistan, Lembah Swat semalam, meragut 22 nyawa dan mencederakan lebih 80 yang lain, kata pegawai penyiasat.

Letupan berlaku pada perhimpunan mingguan parti pendakwah di pinggir bandar Mingora, di sini, kata ketua polis Akhtar Hayat.

Ia adalah letupan dasyat yang berlaku di Lembah Swat sejak tentera Pakistan diisytiharkan kembali di bawah kawalan kerajaan pada Julai 2009 selepas dua tahun pemberontakan Taliban yang berpusat di wilayah berkenaan.


"Letupan berkenaan dipercayai angkara sabotaj," katanya sambil menambah: "Kami tidak mempunyai bukti yang jelas setakat ini dan satu siasatan oleh pihak tentera dan polis sedang dijalankan dan kita akan ketahui kedudukan sebenar secepat mungkin," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment