My Add

Tuesday 8 January 2013

Sonamu: SUK nasihat penduduk dapatkan perkembangan sumber rasmi

KOTA BHARU, SELASA, 08 Januari, 2013: Penduduk di kawasan pantai di negeri ini yang berisiko menerima tempias ribut tropika Sonamu dinasihatkan tidak panik dan mengikuti perkembangan semasa menerusi sumber rasmi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim turut menasihatkan mereka supaya mengambil langkah berjaga-jaga dalam keadaan tenang dan tidak bertindak terburu-buru apabila mendengar khabar angin.

"Bertindak apabila mendapat amaran rasmi yang diberikan pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi BERNAMA, di sini, hari ini.

Ribut tropika Sonamu diramal membadai negeri Pantai Timur minggu ini dan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka ribut berkenaan akan membawa hujan lebat dan angin kencang yang mungkin mencetuskan banjir gelombang ketiga di wilayah itu.

No comments:

Post a Comment