My Add

Thursday 17 January 2013

SPR yakin PRU-13 paling bersih, terbaik

KUALA TERENGGANU, RABU, 16 Januari, 2013: Meskipun timbul pelbagai persepsi bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) paling sengit, getir dan mencabar, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap yakin proses pilihan raya itu akan berlangsung dengan lancar, bersih dan terbaik.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika memberi jaminan itu berkata, ini berdasarkan pelbagai langkah serta perubahan yang dilakukan setelah mendapat cadangan daripada jawatankuasa khas dalam usaha mengemaskini serta memperbaiki proses pilihan raya.

Beliau memberitahu, pembaharuan itu antaranya penggunaan dakwat kekal, undi awal, wujudnya akses media bagi parti-parti politik, pemerhati antarabangsa dan syarat pemakaian pas untuk memasuki pusat-pusat mengundi.

Jelasnya, begitu juga dengan para petugas media yang dibenarkan mengundi pos, selain kelonggaran kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang boleh ditemani rakan berbanding hanya saudara mara, sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment