My Add

Friday 18 January 2013

Tebusan: Tunggu maklumat dari kerajaan Algeria

*DUA anggota polis tiba di rumah Lau Seek Siang, seorang daripada dua rakyat Malaysia yang didakwa menjadi tebusan kumpulan militan di sebuah kompleks memproses gas In Amenas, Algeria selepas dihubungi isteri mangsa kerana tertekan dengan kehadiran petugas media ke rumahnya, di Tabuan Jaya, Kuching, Sarawak hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Algiers belum menerima apa-apa maklumat daripada kerajaan negara itu berhubung dua rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan selepas sekumpulan militan dipercayai serpihan al-Qaeda menyerang pusat galian minyak milik syarikat Britain, BP semalam.

Jurucakapnya berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden itu.

“Sehingga kini kita belum mendapat maklumat lanjut daripada syarikat JGC Corp di mana kesemua rakyat Malaysia terbabit bekerja. Kita masih menunggu maklum balas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment