My Add

Wednesday 2 January 2013

Tentera Colombia bunuh 13 pemberontak FARC

BOGOTA, RABU, 02 Januari, 2013: Sekurang-kurangnya 13 anggota pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) terbunuh dalam satu serbuan udara, kata komander kanan tentera udara hari ini.

Serbuan yang dibuat awal pagi semalam disasarkan kepada pemberontak di kawasan luar bandar Chigorodo di barat laut negeri Antioquia, membunuh tujuh lelaki dan enam wanita dari Barisan Kelima FARC, kata komander operasi Tentera Udara Colombia, Jeneral Hugo Acosta.

Presiden Juan Manuel Santos menerusi Twitternya juga mendedahkan operasi anti-gerila dengan menyatakan "Sebanyak 13 anggota gerila terbunuh dalam operasi menentang Barisan Kelima FARC di Chirogodo (Antioquia)."

FARC berkata dalam satu kenyataan bahawa salah seorang ahli wanita gerila adalah antara yang cedera dalam serbuan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment