My Add

Sunday 27 January 2013

Terbukti Pas bukan parti dominan

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Pengakuan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa parti itu tidak boleh memaksa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu kalimah Allah membuktikan Pas bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kata-kata Nik Mohamad Abduh itu cukup menggambarkan kedudukan sebenar Pas di dalam pakatan pembangkang dan tidak hairanlah jika parti tersebut sering tunduk dengan arahan rakan sekutu mereka.

Beliau yang juga pemerhati politik tempatan berkata, sebagai contoh dalam kes garis panduan hiburan di Kedah dan kes salun di Kelantan, Pas akhirnya terpaksa tunduk dengan desakan DAP.

"Mana dakwaan Pas selama ini yang mengatakan bahawa DAP telah faham malah boleh menerima pemerintahan Islam? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment