My Add

Thursday 24 January 2013

Tidak perlu hukuman mati ke atas perogol berkumpulan - Panel

NEW DELHI, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Sebuah panel yang dilantik kerajaan India bagi mengkaji undang-undang jenayah seks selepas insiden rogol berkumpulan membabitkan seorang pelajar di sini mencadangkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pesalah namun menolak supaya mereka dikenakan hukuman mati.

Gopal Subramanium, seorang ahli Suruhanjaya Verma Keadilan J.S Verma berkata, hukuman maksimum bagi kesalahan rogol secara berkumpulan perlu ditingkatkan kepada penjara seumur hidup.

``Dalam kes rogol secara berkumpulan, penjara seumur hidup bermaksud keseluruhan hayat pesalah,’’ katanya dalam satu sidang media, semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment