My Add

Sunday 13 January 2013

Tindakan tahan lori secara mengejut undang bahaya

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Tindakan pihak penguat kuasa jalan raya mengarahkan kenderaan berat seperti lori untuk berhenti serta-merta di tempat kejadian dianggap berbahaya kerana boleh mengundang kepada berlakunya kemalangan.

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Lori Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, tindakan seperti itu juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Apabila sebuah kenderaan berat seperti lori diarahkan untuk berhenti serta-merta, keadaan itu mungkin akan menyebabkan pemandu lori tersebut hilang kawalan dan lori boleh terbalik.

"Oleh itu, saya nasihatkan, pihak penguat kuasa tidak membuat tindakan dengan mengarahkan kenderaan untuk berhenti secara mengejut tetapi perlu mengambil jarak sesuai di tepi jalan sebelum tindakan sewajarnya diambil," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment