Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
KULAIJAYA, SELASA, 29 Januari, 2013: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyifatkan tindakan sesetengah pihak mempertikaikan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membuat tuduhan bahawa pasukan keselamatan itu sudah tidak boleh dipercayai sebagai tidak masuk akal.
Baginda bertitah, tuduhan seperti itu amat melampau dan menyifatkan tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri daripada dihukum.
"Lebih teruk lagi, ada penjenayah yang lari meninggalkan negara kerana takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian mereka mula membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.
"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan," titah baginda semasa merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya di sini hari ini.
Turut berangkat Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim serta Tunku Aminah Sultan Ibrahim.
Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Sultan Ibrahim bertitah, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang yang digubal begitu rapi selain semua tindakan yang diambil pihak berkuasa pastinya mengikut peruntukan yang telah digariskan.
Titah baginda, semua anggota polis sudah menjalani latihan dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk menguatkuasakan segala undang-undang.
"Janganlah ada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan tindakan mereka dan menuduh mereka berat sebelah. Tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dengan menguatkuasakan undang-undang dan membanteras jenayah mestilah dipikul oleh pasukan polis dengan cekap dan bersungguh-sungguh.
"Setiap anggota mestilah berdisiplin dan bertindak dengan betul serta menjalankan tugas dengan tegas dan berani tanpa bertolak ansur," titah Sultan Ibrahim. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment