My Add

Tuesday 22 January 2013

Tujuh projek besar bukti keikhlasan PM - UMNO Kelantan

KOTA BHARU 2, SELASA,2 Januari, 2013: UMNO Kelantan menilai tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kepada negeri ini sebagai bukti keikhlasan beliau membantu rakyat dan mengubah landskap negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dali Hussain berkata, apa yang diumumkan Najib itu mengejutkan pimpinan UMNO negeri sekali gus melonjakkan semangat mereka untuk terus menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan.

“Berdasarkan apa yang diumumkan Perdana Menteri itu, saya berpendapat rakyat di negeri ini seharusnya merebut peluang tersebut. Tawaran ini dijangka menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini.

“Selain itu, saya yakin ia juga akan mengubahkan landskap negeri ini ke arah yang lebih maju. Jadi, saya berharap rakyat negeri ini dapat membuat pertimbangan sewajarnya dengan apa yang telah dikemukakan Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar Parlimen Pengkalan Chepa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sering, di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment