My Add

Monday 28 January 2013

Tujuh projek besar dilaksana dalam masa terdekat

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

JELI, ISNIN, 28 Januari, 2013: Kerajaan Pusat telah memulakan langkah-langkah awal untuk melaksanakan tujuh projek mega yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan lawatan kerja ke negeri ini pada 20 Januari lalu, termasuk urusan pengambilan tanah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini membuktikan bahawa pengumuman tersebut tidak ada kena mengena dengan pilihan raya umum dan ia dilaksanakan demi rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan beberapa kementerian dan jabatan untuk membuat persediaan bagi melaksanakan projek-projek terbabit sebelum pengumuman itu dibuat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment